Kepada Pengunjung Nazspb.blogspot, ini merupakan alamat blog yang baru menggantikan Blog Serama Parit Buntar, saya merakamkan Ribuan Terima Kasih dia atas kesudian anda melayari blog ini. Saya memohon maaf sekiranya paparan yang ditulis ada menyinggung perasan mana-mana pihak, sesungguhnya saya hanyalah insan biasa lumrah jika melakukan kesilapan dan mohon dimaafkan sekiranya blog ini menyinggung mana-mana individu atau mana-mana pihak di atas penulisan saya. sila maklumkan (0165047301)

Monday 20 February 2017

Ayam Serama 2017 Warisan Negara Malaysia

Assalamualaikum dan salam Serama mania....


Berjumpa lagi untuk posting kali ini....rasanya baru saja SPB buat post, harap takda lah boring membacanya, bukan selalu idea nk menaip panjang-panjang ni datang, semuanya SPB buat secara sepontan jadinya kalau ada typo atau ayat berselerak minta saudara dan saudari hadam saja lah... kekeke!


Posting kali ni takda yang serius sangat just sembang kosong, ada beberapa tips juga yang nak SPB kongsikan kebetulan ada bersembang dengan otai2 serama sambil bertanya-tanya apa yang terlintas difikiran. Ada satu persoalan yang nak SPB lontarkan biar pun pekara ni simple saja tapi kalau di perhatikan dan dihalusi macam masuk akal jugak bila di fikirkan.


Soalan dari seorang sahabat Serama... Otai (orang lama) tentang permarkahan assesori ayam yang dilihat ada sedikit kekeliruan dalam pemberian markah. Situasinya begini....


Dalam satu pertandingan yang melibatkan katakan lebih dari 50 ekor ayam serama dan dari pelbagai pelusuk negeri.... semua markah untuk (katakanlah ayam muda) warna, mendapat 11 point atau 10.5 sahaja... tiba-tiba ada seekor dari banyak-banyak ayam yang dipertandingkan mendapat markah tertinggi iaitu 11.5. Hanya seekor sahaja yang memperolehinya. Jadi kemuskilannya disini bagaimanakah warna ayam yang digambarkan yang mendapat markah yang special daripada pengadil itu tadi...? Seekor sahaja ayam..... bukan dua atau tiga....


Ia agak sukar jugakan....?. Apa pun saya tiada jawapan untuk itu dan andaian sahabat-sahabat serama pun banyak namun apa yang nak saya kongsikan bukanlah nak menimbulkan keraguan cuma bagi saya untuk markah warna sememang susah untuk diubah atau di beri markah magic. So untuk para pengadil mereka kenalah bijak dalam membuat penilaian... mungkin beliau (pengadil) ada alasannya sendiri, namun sekiranya ia adalah markah kesian diharap ia tidak berlaku lagi. (kerena pernah terjadi di Bon)



Namun sekali lagi sy tertarik juga dengan penganjuran Bon terkini yang sekarang telah ada satu kategori baru yang dipertandingankan iaitu kategori Ayam Serama Pilihan Pengadil... SPB masih belum berapa jelas tentang karegori ini, tapi ada keunikan kepada warna ayam dan kekemasan ayam yang menjadi Johan pada pertandingan tersebut. Mungkin juga digabungkan markah keseluruhan serta gaya juga diambil kira. 



Apa-apa pun SPB agak tertarik dengan Kategori ini Nanti akan SPB cuba dapatkan maklumat terkini tentang kategori dan gambar ayam yang telah memenangi kategori ini jadi pastikan anda tidak malas nak menjengah ke blog ini lagi... Bye..bye



 

"Okey ! untuk tips kali ini ,"

" tahukah anda markah bulu akan dipotong jika bulu dada ayam tidak kemas selepas ayam mengibas... selepas mengibas bulu ayam tidak rapat seperti kembang..." kelihatan serabut.